Tuesday 19 November 2013

Be Healthy with Bio Velocity Sleep Mate


Assalamualaikum semua..
Hari nie ayu nak bagi details tentang Bio Velocity Sleep Mate yang sangat high demand sekarang. Sebab aper high demand? Disebabkan keistimewaan dan manfaat yang kita dapat.


  
Medan Tenaga Manusia

Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia.
Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam keadaan "sihat". Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan dan penyelarasan organisma yang muktamad.
Bagaimanapun, pemodenan kini telah membawa kepada kemerosotan medan tenaga manusia secara mendadak. Gaya hidup yang penuh tekanan, penggunaan alat elektronik yang meluas, pencemaran alam, makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang buruk serta toksin-toksin yang dihisap telah membawa ketidakseimbangan frekuensi elektromagnetik atau medan tenaga. Dengan ini, sekatan tenaga dihasilkan justeru mengganggu pengaliran tenaga utama atau daya hidup. Masalah kesihatan kronik mulai timbul dan menjadikan badan sukar untuk menyembuhkan diri.

Tidur Yang Berkualiti

Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita. Apakah itu tidur yang berkualiti? Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar selepas membangun dan segar sepanjang hari. 
Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan; aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita membangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.

BV Sleep Mate

Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.

 Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate



 Keistimewaan Bio Velocity Sleep Mate :

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti



Antara manfaat bila menggunakan Bio Velocity Sleep Mate ialah melegakan sakit kepala, sakit haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot, melegakan kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, menolong ketegangan leher, melegakan rasa kebas.

Testimonial pesakit yang lumpuh akibat kemalangan - Sarjan Tarmizi (51 tahun)
 

And sekarang disebabkan permintaan yang agak tinggi, Hai O ader buat promotion untuk Bio Velocity Sleep Mate nie. Bila korang dah beli 3 unit Bio Velocity Sleep Mate, korang akan bayar RM 300 jer untuk unit yang ke 4. Betul, RM 300 jer!!! Best kan.. So boleh lah pakat-pakat dengan adik kakak, kawan-kawan beli ramai-ramai and dapatkan promotion tu. Kalau tak grab sekarang sangat-sangat rugi.


 Just pm/call/whatsapp 

+6013-8075490

Ayu Saifudin

Saturday 16 November 2013

TES Fostering Smiles at Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup (DAY 1)



Assalamualaikum semua..

As per post entry nyer title so this time nak share one of community service yang company kita orang selalu buat. Everyone in the world pasti akan mengalami kesedihan atau dugaan yang besar untuk ditanggung. Salah satu dari community tu ialah anak yatim.

So every year kita org as PETRONAS staff akan buat CSR (Community Social Responsibility..kalau x silap..banyak sgt short form kne hafal..hehe). Dalam setahun tu ader lah 2 kali or 3 kali. So this year our department (Techical Services Department) buat CSR kat Kompleks Kebajikan Hamidah Yakub kat Miri, Sarawak. Kompleks kebajikan nie menempatkan anak-anak yatim yang kehilangan ayah atau kedua-duanya.

Kompleks Kebajikan Hamdiah Yakup atau lebih dikenali sebagai PERYATIM nie terletak di Permay, Miri berdekatan dengan Shell & McD's. Mula-mula sampai kat rumah kebajikan nie rasa macam tak ader pape pun..sampai I even talk to myself "Aperlah yang aku buat kat sini masa weekend? Kan baik spend time dengan Qaseh.." (jahat nyer aku nie.huhu). Tapi jejak jer kaki di dalam dewan yang menempatkan anak-anak tu semua, hati tiba-tiba runtun..sedih nyerlah tgk muka diaorg. Rupa-rupa nya ader jgk budak yang sekecil 7 tahun duk kat situ.


Arrival of TES Department staffs


Anak-anak Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup


After arrival, kita orang diagihkan didalam kumpulan..and Ayu berada di Kumpulan 5 bersama dengan few staffs (including my own boss..huhu) and 5 kids. Mula-mula malu jer dengan kita orang tapi lama kelamaan diaorang semua sporting and mesra. As yang Ayu pernah baca, anak-anak yang kehilangan ayah/ibu nie selalu nya mengalami "low self esteem" and perlu didekatkan slow-slow. Sebelum the real ice breaking started, pengerusi Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup, Puan Dayang memberi ucapan and kata-kata aluan diikuti dengan our beloved General Manager, En Wan Muzani. 
Lepas jer ucapan our GM (dia buat simple jer sebab dia pun excited nak main games with all the kids..hehe), kita orang start our first game which is "Name Your Group", game yang biasa for ice breaking but lots of fun.

Pengerusi Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup, Puan Dayang

Our beloved General Manager (GM), En Wan Muzani
 Nie pulak gambar masa kita orang diberi tugasan bersama anak-anak untuk pilih nama kumpulan..macam-macam ragam & karenah tapi yang best nyer semua having fun..










This is my group and yang bercakap tu yang Big Bos, En M Mursyide.







Our group "Minions" , Rahim

My bos with anak-anak

Selesai jer dengan activity yang pertama nie,kita orang rehat pulak. Having our tea time with the kids. Sangat seronok and bercampur sedih jugak bila berada dengan diaorang. Ader antara yang Ayu jumpa citer macam mana diaorang boleh masuk ke rumah nie. Kena tahan air mata setiap kali berciter tentang kisah hidup peribadi anak-anak nie tapi sangat respect kat diaorang sebab mampu nak lalui semua nie dengan hati yang tabah and kuat.

After tea time break kita orang start lak dengan second game, "Membina menara yang tinggi dan kuat" (xder game lain ek??? hahaha).
So untuk tau dengan lebih lanjut and malas nak explain satu-satu (bukan aper takut korang boring jer baca aper yang ayu tulis..haha) so jom kita layan gambar-gambar sepanjang activity "Membina Menara" nie.
















Our team "Minion" after finishing our tower 



Selesai jer dengan games membina tower tu kita orang wrap up and amek gambar beramai-ramai. 

TES Department staffs with Anak-Anak Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup
Lepas tu kita orang pun bersurai,balik ke hotel and having our dinner sambil tengok perlawanan Sarawak menentang Pahang malam tu (anyway congrats Pahang!)

To be continue....