Sunday 16 December 2012

Angin Ahmar??? Macam mana??





Salam all..
Hari nie Ayu nak kongsi pasal penyakit Angin Ahmar nie.Ayu tergerak hati nak tulis about this thing pun sebab someone that I know tengah struggled to free herself from this disease.

I know this person since baby. She always visited my mum masa my mum dalam pantang,always welcome our family to come to her house,selalu bagi buah-buahan kat family kita orang..pendek citer nyer sangat baik dia dan suaminyer.

Actually Angin Ahmar ini terjadi atas sebab-sebab tertentu. Antaranya :
  • Salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu
  • Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi
  • Kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok.
  Untuk tahu lebih lanjut boleh baca link di bawah.. :)


Kebanyakkan yang terkena Angin Ahmar nie akan mengalami dua pekara iaitu sihat atau tidak (bergantung pada kekuatan emosi,fizikal,sokongan keluarga).
Walaupun pesakit menjalani rawatan professional jangan dilupakkan juga cara "spiritual" atau kerohanian.

Banyak doa-doa yang boleh dibaca untuk dijadikan pelindung & penawar untuk penyakit-penyakit yang kita alami termasuk penyakit Angin Ahmar nie.
Kat sini Ayu ader sertakan sekali link untuk doa pelindung & penawar.


Kebanyakkan rakyat Malaysia sangat tidak mengambil peduli tentang kesihatan masing-masing. Kalau dah sakit baru nak mengeluh & terkocoh-kocoh mencari ubat.
Cara paling senang untuk kekal sihat (seperti yang dituntutkan oleh agama kita) adalah menjaga pemakanan. 
Iyer,memang diketahui tinggal di Malaysia adalah satu rahmat yang sangat besar kerana kita dikelilingi oleh rakyat berbilang kaum.Nak makan aper pun boleh..makanan india,malay,chinese,arabic,korean,japan cakap jer.

Tapi kita kena beringat..jangan terlalu mengikut nafsu yang sentiasa membisikkan nak makan itu dan ini. Kesihatan kena jaga jugak.

Boleh klik kat link nie untuk tahu lebih detail cara nak jadi lebih sihat. :)


So hargai badan anda selagi anda sihat. Jangan pandang remeh pada kesihatan anda kalau anda tak nak bila berusia baru 30 tahun ke atas seluruh tubuh anda dah rasa sakit-sakit mengalahkan nenek yang berusia 60 tahun :)

No comments:

Post a Comment